Pengajaran

KEMAHIRAN ASAS SERVIS BOLA TAMPAR

Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang. Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala.

Servis Bawah Tangan

Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.



1) Fasa Permulaan

 Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
 Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan
 kanan (right handed server).
 Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
 Bengkokkan sedikit lutut.
 Badan menghadap ke hadapan.
 Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan
sebelah kanan badan.
 Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

Video Fasa 1:



2) Fasa Perlaksanaan

 Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
 Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan
 Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).
 Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang mengikut pergerakkan buah bandul jam
 Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan
akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
 Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian
bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).
 Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.

3) Fasa Ikut Lajak

 Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
 Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
 Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Video Fasa 2 dan Fasa Ikut Lajak: